Monday, September 7, 2009

sakit jantung


Tulisan Dr Mohd Hilmi Abdullah daripada UPSI berkenaan nasib yang menimpa 5 wakil rakyat yang meninggal akibat serangan jantung serta faktor-faktor tertentu berkaitan menarik untuk diulas. Baca sepenuhnya disini.


Faktor terpenting ialah, adakah mereka mendapatkan rawatan dalam masa yang tertentu dan adakah orang sekeliling mereka tahu apa yang harus dilakukan.Ini boleh menyelamatkan nyawa.


Sakit jantung menjadi pembunuh nombor satu di Amerika Syarikat sejak sekian lama.Ia juga tidak kurang penting di negara ini.Sebab itu juga adanya IJN.KKM beberapa tahun dahulu membuat kempen Sayangi Jantung Anda.Keunikan jantung ialah keupayaannya mengepam darah sejak kita janin lagi dan berterusan hingga kini.Fokusnya bukan hanya jantung sahaja,ia melibatkan sungai darah iaitu kapilari,arteri dan vena dan kualiti darah itu sendiri.


Kefahaman tentang jantung berfungsi amat penting.Dengan itu dapatlah kita menjaga jantung, seperti kita menjaga rupa paras kita.Pemakanan dan ubat-ubatan juga penting dalam mengawal sakit jantung.Menangani tekanan juga perlukan kemahiran khas.


Sudah tiba masanya, kerja politik dikategorikan sebagai kerja kelas pertama yang memerlukan pemikiran dan koordinasi fikiran-badan yang jitu, dan ahli politik seharusnya disamping sewaktu penamaan calon, menyerahkan borang-borang tertentu, harus juga menyerahkan laporan perubatan terkini dan pengesahan pakar akan kemampuan melaksanakan tugas.


Tun Mahathir adalah contoh yang baik.Walau 2 kali menjalani pembedahan jantung, keadah pemeliharaan kesihatan dan kekuatan pemikiran beliau patut dicontohi kita semua, begitu juga dengan Tun Hasmah.

No comments:

Post a Comment