Wednesday, September 23, 2009

melaka


Pada hari raya ke 3, saya berkesempatan ke Bandaraya Bersejarah Melaka.Juga berkesempatan menaiki feri sungai dengan bayaran RM 10.Awal malam, kami sekeluarga mula meyusuri sungai Melaka.Dengan ramainya pengunjung sempena cuti ini, keadaan agak sesak tetapi tidak menghilangkan keseronokan yang dinikmati.


Menghayati dan berfikir adalah kunci kembali ke zaman silam dan mengambil iktibar darinya.446 tahun lamanya,selepas jatuhnya kerajaan Melayu Melaka,baharulah dapat kita ambil kembali tanah ini.52 tahun merdeka adalah ibarat baharu semalam kita mendapatkannya.


Zaman berubah dan sumber kekayaan juga bertukar.Dahulunya rempah kini emas hitam dan terkini maklumat dan teknologinya.Kaedah penjajahan juga berubah.Ketika negeri Sarawak mendatangkan cucu Raja Brooke sedikit masa lalu,beliau sendiri tergamam dan kagum serta pulang dengan satu soalan yang besar,"Bagaimana datuk dapat melakukannya?" yang rasanya mustahil dapat dilakukan kini disaat ramainya bijak pandai dan akses maklumat intelligen,tentu agak mustahil. Tetapi kita masih melihat di negara luar, boneka-boneka penjajah sentiasa ada dan bila bertemu untung maka terjelmalah niat dan tindakan menghancurkan negara atasana politik.


Politik seharusnya mengutamakan negara dan tidak memfitnah.Konsep 1 Malaysia mengintegrasikan perbezaan kaum menjadi satu dan bergerak menjamin tiada penjajahan baharu berlaku pada negara tercinta.


No comments:

Post a Comment