Sunday, September 13, 2009

bangsa cemerlang

Tun Dr Mahathir dalam wawancara Mingguan Malaysia selepas bersara daripada jawatan PM pada oktober 2001, memberi petua menjadi bangsa cemerlang. Iaitu, rule of thumb, "berdikari".

Seseorang harus bersedia untuk melakukan yang terbaik dalam apa bidang yang diceburinya.Mengkhusus dan kemudian menambahkan ilmu dengan berkongsi ilmu atau mewariskan ilmu.Mengembangkan ilmu dikira sebagai jariah yang mempunyai pahala tidak putus.

Bukan hanya ustaz dan ustazah sahaja yang berpeluang mendapatnya.Sesiapa juga mampu dan dapat meraihnya. Berdikari dalam mempelajari ilmu bermaksud mencari sumber ilmu dan mempelajarinya dengan petunjuk guru yang mahir.Atau sekurang-kurangnya ada sumber yang sahih. Di zaman ini, saat ilmu hanya dihujung jari, penimbangan akal yang waras juga penting.Membuat perbandingan antara sumber dan rujukan akan mengkayakan lagi ilmu.

Orang melayu seharusnya telah lama membudayakan ilmu namun sumber yang terhad dan kurang daya intelektual atau simplistik menyebabkan budaya ini luntur.Barangkali ada kaitan dengan keupayaan mengingat, menghafaz dan teknik belajar juga.

Yang diharapkan ialah dengan ilmu yang banyak,kita dikurniakan ilahi dengan hikmah.Inilah yang disebut dalam mafhum hadis nabi s.a.w, hikmah itu milik muslimin,dimana kamu menemuinya maka ambillah.

No comments:

Post a Comment