Sunday, September 27, 2009

14 november Hari Diabetes Sedunia


Belum ada data terkini penghidap diabetes jenis I dan II di negara ini. Namun penyakit metabolik ini bukan semakin membaik setiap hari.Ia tidak mengira sesiapa, terutama yang suka dan selalu mengabaikan pemakanan yang berhemah.

Statisik dunia pada tahun 2006 menganggarkan 150 juta pengidap diabetes.Belum lagi statistik orang yang diamputasi anggota.

Dengan tema 2009: Memahami Diabetes dan Mengawalnya, seharusnya kesedaran digerakkan oleh setiap rakyat tanpa mengharapkan dan menyalahkan kerajaan.Pilihan ditangan sendiri atau lebih tepat ditekak sendiri! Bukan kerajaan menyuruh rakyat makan nasi mamak pada jam 12 tengahmalam.Walaupun polisi PBT membenarkan kedai makan beroperasi sehingga 24 jam, kita mesti peka akan kesihatan diri.

Mulakan dengan diri dan keluarga terdekat.Pastikan diabetes tidak 'datang dan bertandang' kerumah anda.

Saturday, September 26, 2009

selamatkan malaysia (amah indonesia)

"Sebenarnya, ramai warga asing sanggup melakukan apa saja untuk masuk dan bekerja di Malaysia kerana layanan baik majikan di negara ini yang sememangnya menjadi `lubuk rezeki' mereka. Sedangkan yang diperbesar-besarkan media Indonesia membabitkan kes penderaan pembantu rumah asing dan sebagainya, hanyalah kes-kes terpencil yang bukan saja berlaku di sini, malah merata negara di dunia. Namun, dalam sibuk memperkatakan soal gaji pembantu rumah asing, kita tidak harus terlepas pandang nasib warga sendiri." "Ditambah pula dengan pendedahan Presiden Cuepacs, Omar Osman yang menyifatkan kadar RM25 sejam itu sama dengan gaji penjawat awam kumpulan sokongan 1 peringkat diploma dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). "
Petikan http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090927045739/Article/index_html

Seharusnya keputusan diambil secara tuntas tentang semua proses yang terlibat dalam pengambilan amah di negara ini. Yang penting, rakyat negara ini tidak menjadi 'kuli' kepada mereka dalam erti kata sebenar.
Bekerja siang malam, memperolehi gaji dan RM800 terpaksa diberikan kepada amah. Fikirkan kesannya, rakyat dibandar besar mungkin terpaksa memikirkan pelbagai alternatif termasuk menghantar anak-anak mereka ke kampung, berhenti kerja (bagi sang ibu), mencari nurseri dan paling teruk, berhenti beranak!
Kesannya kepada pertumbuhan populasi negara 70 juta orang lagi jauh sasarannya. Seharusnya satu penyelesaian komprehensif dicari dan dilaksanakan. Diskusi bersama Papa boleh, tapi tidak bermakna harus mengikut telunjuk mereka. Amah dari negara lain seperti Filipina juga harus dilibatkan sama.
Tentu ada bezanya, jika majikan bermurah hati memberi upah lebih sebagai ganjaran kerja yang bagus, tetapi ia tidak bermakna perlu ada gaji minimum untuknya.

Wednesday, September 23, 2009

melaka


Pada hari raya ke 3, saya berkesempatan ke Bandaraya Bersejarah Melaka.Juga berkesempatan menaiki feri sungai dengan bayaran RM 10.Awal malam, kami sekeluarga mula meyusuri sungai Melaka.Dengan ramainya pengunjung sempena cuti ini, keadaan agak sesak tetapi tidak menghilangkan keseronokan yang dinikmati.


Menghayati dan berfikir adalah kunci kembali ke zaman silam dan mengambil iktibar darinya.446 tahun lamanya,selepas jatuhnya kerajaan Melayu Melaka,baharulah dapat kita ambil kembali tanah ini.52 tahun merdeka adalah ibarat baharu semalam kita mendapatkannya.


Zaman berubah dan sumber kekayaan juga bertukar.Dahulunya rempah kini emas hitam dan terkini maklumat dan teknologinya.Kaedah penjajahan juga berubah.Ketika negeri Sarawak mendatangkan cucu Raja Brooke sedikit masa lalu,beliau sendiri tergamam dan kagum serta pulang dengan satu soalan yang besar,"Bagaimana datuk dapat melakukannya?" yang rasanya mustahil dapat dilakukan kini disaat ramainya bijak pandai dan akses maklumat intelligen,tentu agak mustahil. Tetapi kita masih melihat di negara luar, boneka-boneka penjajah sentiasa ada dan bila bertemu untung maka terjelmalah niat dan tindakan menghancurkan negara atasana politik.


Politik seharusnya mengutamakan negara dan tidak memfitnah.Konsep 1 Malaysia mengintegrasikan perbezaan kaum menjadi satu dan bergerak menjamin tiada penjajahan baharu berlaku pada negara tercinta.


Friday, September 18, 2009

Eid Mubarak 1430/2009



Dr Yusuf Qardawi menulis bahawa sunat bagi muslimin menunjukkan KEGEMBIRAAN pada hari raya aidil fitri.
Gembira kerana telah usai menunaikan ibadah puasa Ramadhan sebaik mungkin.
Gembira kerana telah melalui fasa keberkatan amalan, pengampunan dan fasa pembebasan dari api neraka.
Gembira kerana ibarat kelahiran semula seperti bayi pada pagi syawal.
Gembira kerana kejayaan mencapai malam Al-Qadr yang maha berkat, gembira kerana mungkin doa yang paling rahsia dimakbulkan di Ramadhan lalu.
Gembira kerana buat ke sekian kalinya dapat mencium tangan ibubapa sang wali keramat, atau berziarah ke makam bonda/ayahnda dan mengenangkan jasa dan kebaikan mereka semasa hidup dan mendoakan serta menyedekahkan amalan kepada mereka.
Gembira kerana dapat bertemu mata dengan rakan-rakan lama yang terpisah.
Gembira kerana melihat telatah anak-anak kecil pewaris bangsa yang jernih air mukanya dan ceria mengenakan pakaian baharu.
Gembira kerana negaraku, Malaysia, aman makmur dan dilimpahi rezeki oleh Ilahi sehingga dapat kita berzakat fitrah dan berkongsi rezekiNya.
Gembira kerana harapan telah digantungkan pada Al Khalik supaya dipanjangkan usia untuk bertemu Ramahdan semula.
Gembira kerana dapat menitiskan airmata kerana sedih hati berpisah dengan Ramadhan, sahabat penuh kebaikan.
Gembira kerana menjadi makhluk yang terpilih melaksanakan ibadat siyam Ramadhan.
Gembira meraikan sifat kemanusiaan yang disegarkan kembali sepanjang ramadhan dek berlapar dan berdahaga.

Maaf Zahir dan Batin

Subhanallah!Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahi Hamdu!

Wednesday, September 16, 2009

300 juta bersama facebook


Reuters melaporkan Facebook kini mula membuat duit pada pengurusannya dan lebih awal daripada jangkaan, iaitu, 2010.Populariti facebook kini menyaingi google dan yahoo.Pengasas dan CEO nya, Mark Zuckerberg berkata,pencapaian ini penting bagi mengerakkan facebook untuk jangkamasa yang lebih lama pada masa hadapan.Polisi bisnes kini adalah fasa berkembang.


Menariknya,tahun lalu pengguna facebook adalah 100 juta.Kini 300 juta.Teori ekonomi era kini barangkali membenarkan teori Metcalf yang mengatakan keupayaan ekonomi adalah dalam gandaan kuasa dua.Ianya 10 kali ganda jumlah rakyat malaysia.


Kesempatan ini harus dimanafaatkan oleh sesiapa sahaja untuk menempatkan diri dalam bisnes jalur lebar ini.Siapa cepat dia mendahului.


F1 1Malaysia



Pengumuman PM bahawa musim 2010 dalam kalendar F1 akan disertai pasukan sepenuhnya Malaysia sebenarnya mencabar minda rakyat terbanyak.Maksudnya untuk memahami maksud tersirat dengan tindakan berani ini.Disebalik pengunduran pasukan Honda pada musim ini atas alasan kewangan, F1 1Malaysia mengorak langkah memasuki alam perlumbaan tertinggi ini.Peribahasa cina ada mengatakan bahawa dalam krisis akan melahirkan hero atau orang yang nampak peluang.Inilah yang berlaku.Kerjasama antara Proton/Lotus,Air Asia,Naza Motor dan Kerajaan Malaysia adalah bermatlamat jangka panjang.Menguasai teknologi,menguasai masa, menguasai ruang dan memerah otak ke tahap tertinggi yang berhadapan dengan tekanan suhu dan profile dunia adalah sesuatu yang memberikan pengalaman semahal dunia.

Matlamat menguasai teknologi dan praktikalnya sebagai alat untuk mengantarabangsakan industri automotif negara dilihat sebagai suatu usaha yang positif.Ia selaras dengan menjadikan Malaysia negara maju pada 2020.Sebelum ini PM ada menegaskan bahawa Malaysia perlu mengalami dan mengekalkan pertumbuhan 8% setahun untuk mencapai taraf itu.Sebarang kecacatan,akan menarik kebelakang (drag) masa kita.Usaha menjadikan 1Malaysia sebagai satu alat yang menyampaikan kepada matlamat.Sepatutnya rakyat menyokong usaha murni ini dan memberikan mandat pada kepimpinan PM.

Bagaimana kesan kepada rakyat terhadap keputusan menyertai F1 ini harus diteliti.Menjadikan pasukan F1 1Malaysia sebagai pasukan rakyat dan berdenyutnadikan Malaysia adalah vital.Seharusnya, rakyat dibenarkan mempunyai akses ke SIC, sebagai hospital dan bengkel yang bertanggungjawab menbangunkan model kereta F1 1Malaysia itu nanti. Mengujudkan rasa pemilikan atau "hak kita" adalah penting.Barangkali, sedikit masa lagi, kita akan dapat menggunakan kereta Malaysia yang benar-benar komponennya telah diuji dilitar lumba F1 pada harga yang berpatutan.

Dengan kepakaran yang ada pada Proton,Naza dan Air Asia dan "best brain" dalam kerajaan, PM memberikan isyarat yang kuat bahawa prestasi dan pencapaian adalah ultimatum. Pelantikan Datuk Seri Idris Jalal menganggotai kabinet adalah manifestasinya.Dari segi persaingan serantau,kita berada selangkah dihadapan Singapura.Viva F1 1Malaysia.

Baca http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/15/nation/20090915181208&&sec=nation

Sunday, September 13, 2009

bangsa cemerlang

Tun Dr Mahathir dalam wawancara Mingguan Malaysia selepas bersara daripada jawatan PM pada oktober 2001, memberi petua menjadi bangsa cemerlang. Iaitu, rule of thumb, "berdikari".

Seseorang harus bersedia untuk melakukan yang terbaik dalam apa bidang yang diceburinya.Mengkhusus dan kemudian menambahkan ilmu dengan berkongsi ilmu atau mewariskan ilmu.Mengembangkan ilmu dikira sebagai jariah yang mempunyai pahala tidak putus.

Bukan hanya ustaz dan ustazah sahaja yang berpeluang mendapatnya.Sesiapa juga mampu dan dapat meraihnya. Berdikari dalam mempelajari ilmu bermaksud mencari sumber ilmu dan mempelajarinya dengan petunjuk guru yang mahir.Atau sekurang-kurangnya ada sumber yang sahih. Di zaman ini, saat ilmu hanya dihujung jari, penimbangan akal yang waras juga penting.Membuat perbandingan antara sumber dan rujukan akan mengkayakan lagi ilmu.

Orang melayu seharusnya telah lama membudayakan ilmu namun sumber yang terhad dan kurang daya intelektual atau simplistik menyebabkan budaya ini luntur.Barangkali ada kaitan dengan keupayaan mengingat, menghafaz dan teknik belajar juga.

Yang diharapkan ialah dengan ilmu yang banyak,kita dikurniakan ilahi dengan hikmah.Inilah yang disebut dalam mafhum hadis nabi s.a.w, hikmah itu milik muslimin,dimana kamu menemuinya maka ambillah.

Tuesday, September 8, 2009

akta hasutan

6 tidak mengaku salah atas tuduhan menghasut

SHAH ALAM: Enam individu yang didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana membawa dan memijak kepala lembu dengan kecenderungan menghasut, akhir bulan lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 31; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 30; dan Mohd Hilmi Ni, 40, diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu apabila dibacakan terhadap mereka.
Hakim Hasni Hasan kemudian membenarkan mereka dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090909113913/Article/index_html

Mungkin ramai yang terkejut dengan "kecepatan" tindakan oleh peguam negara, Tan Sri Gani Patail terhadap pendemostrator dan kini usaha mereka menghalang pembinaan kuil di kawasan mereka terpaksa melalui proses mahkamah dengan Akta Hasutan.

Ramai bloger mengutarakan isu ini sejak lebih sebulan lalu.Tidak kurang juga mendesak tindakan pecat terhadap Gani Patail.i.e.http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/09/nizar-oiii-gani-patail-harus-letak.html.

Isu kepala lembu yang ditujukan kepada 2 exco Selangor mungkin telah disalahertikan sebagai menghina agama hindu.Perkara begini amat mudah diambil kesempatan oleh "opportunist".

Barangkali para penduduk boleh juga mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan perintah bagi menghalang pemindahan kuil ke kawasan mereka.

Akhir sekali keangkuhan kerajaan Selangor yang berkeras (pada awalnya) dengan keputusan tersebut menyebabkan kini, 6 didakwa dimahkamah. Perjuangan sebenarnya baharu bermula.

Lihat juga:http://taipingmali.blogspot.com/ dengan video Hisham:Don't blame cow head protester.

Monday, September 7, 2009

impak 09.09.09


Terkadang bila bersendirian, kita terfikir apa yang boleh kita sumbangkan sebagai penghuni bumi? Jawabannya bergantung tentang matlamat kita. Juga besar-kecil cita-cita kita.


09.09.09 adalah satu tarikh yang boleh menjadi detik baik kita untuk menjadikan dunia lebih baik.Sebarkan kebaikan dan keamanan.


Kita hanya ada masa selama 60 saat untuk berbuat demikian pada esok, rabu pada jam 8.09am.Cari kamera anda,tangkap gambar yang anda suka dan abadikan pada dunia.

Sertai gerakan positif ini. Klik sini: http://www.worldwidemoment.org/

Siapa tahu, anak cucu kita kelak mendapat manafaatnya kelak.

sakit jantung


Tulisan Dr Mohd Hilmi Abdullah daripada UPSI berkenaan nasib yang menimpa 5 wakil rakyat yang meninggal akibat serangan jantung serta faktor-faktor tertentu berkaitan menarik untuk diulas. Baca sepenuhnya disini.


Faktor terpenting ialah, adakah mereka mendapatkan rawatan dalam masa yang tertentu dan adakah orang sekeliling mereka tahu apa yang harus dilakukan.Ini boleh menyelamatkan nyawa.


Sakit jantung menjadi pembunuh nombor satu di Amerika Syarikat sejak sekian lama.Ia juga tidak kurang penting di negara ini.Sebab itu juga adanya IJN.KKM beberapa tahun dahulu membuat kempen Sayangi Jantung Anda.Keunikan jantung ialah keupayaannya mengepam darah sejak kita janin lagi dan berterusan hingga kini.Fokusnya bukan hanya jantung sahaja,ia melibatkan sungai darah iaitu kapilari,arteri dan vena dan kualiti darah itu sendiri.


Kefahaman tentang jantung berfungsi amat penting.Dengan itu dapatlah kita menjaga jantung, seperti kita menjaga rupa paras kita.Pemakanan dan ubat-ubatan juga penting dalam mengawal sakit jantung.Menangani tekanan juga perlukan kemahiran khas.


Sudah tiba masanya, kerja politik dikategorikan sebagai kerja kelas pertama yang memerlukan pemikiran dan koordinasi fikiran-badan yang jitu, dan ahli politik seharusnya disamping sewaktu penamaan calon, menyerahkan borang-borang tertentu, harus juga menyerahkan laporan perubatan terkini dan pengesahan pakar akan kemampuan melaksanakan tugas.


Tun Mahathir adalah contoh yang baik.Walau 2 kali menjalani pembedahan jantung, keadah pemeliharaan kesihatan dan kekuatan pemikiran beliau patut dicontohi kita semua, begitu juga dengan Tun Hasmah.

Wednesday, September 2, 2009

generasi merdeka

Mendengar dan mengamati lagu m.nasir, 'anak-anak kita' yang popular sekitar tahun 1995 memberi nafas baharu dalam menempuh cabaran semasa.Ia menghiburkan dan tentunya kreatif.Yang paling penting,ia mengajar sesuatu,bahawa kita punya sesuatu,dan sesuatu itu ialah pewaris kita,anak-anak kita.

Dalam gelombang semasa, barangkali yang berlaku di Perak, hakikat manusia yang tidak mampu menerima (apalagi 'dapat') hakikat dan restu kebawah Duli Al Sultan Perak adalah manusia yang bersifat keanak-anakan.

"Jaga-jaga anak kita, jangan sampai jadi HAMBA,
Jaga-jaga anak kita,kita ini orang MERDEKA.
Panggillah mereka PULANG
Ayah nak ajar tentang KURANG AJAR
Jadi mereka takkan sendiri dan dimamah lagi"

Ibaratkanlah ISA (kelak dengan pindaan) adalah AYAH yang berfungsi seperti diatas.

Dengarlah lagu sarat perspektif ini : -http://www.4shared.com/file/55760657/3ef97bfa/M_Nasir_-_Anak_Anak_Kita.html