Sunday, August 30, 2009

jalur gemilang


"Terima kasih kerana mengibarkan jalur gemilang". Inilah ucapan ikhlas yang saya dengar di corong radio selepas berakhirnya berita jam 1 tengahari di Klasik Nasional.


Usaha kecil rakyat mengibarkan bendera kini mendapat perhatian daripada Datuk Seri Rais Yatim yang mengepalai kementerian berkaitan,yang peka dan menghargai.Syabas.


Rakyat sekalian,bersama kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga.Kerana ia hak kita.Bukan warga asing.Siapa lagi.


Tahun ini juga tiada lagi insiden mengibarkan Jalur Gemilang secara songsang atau terbalik.Barangkali pelakunya telah sedar akan ketelanjuran mengikut emosi dan nafsu amarah golongan tertentu.Syabas juga kepada anda.


Thursday, August 27, 2009

bahasaku melayu


Mungkin sudah tiba masanya, demi semangat 1 Malaysia, tiada lagi jurang bahasa akan memisahkan bangsa-bangsa di Malaysia.Medium bahasa Melayu haruslah diperkuatkan dan ditambahluaskan.

Dalam perhubungan kaum,terutama melibatkan isu sah taraf anak luar nikah mendiang Teoh misalnya, kita juga mahu tahu apa yang diperkatakan di media bukan melayu. Orientasi nya adalah berlainan begitu juga pembawaan isu. Oleh itu,haruslah menjadi keutamaan bahawa semua akhbar-akhbar bukan melayu mengeluarkan sisipan bahasa melayu dalam setiap keluaran mereka. Ini membolehkan tiada manipulasi dibenarkan dan orang melayu bebas memahami tulisan-tulisan akhbar bukan melayu dan membahaskannya seperti mana mereka bebas membaca akhbar perdana.

Cara yang lain ialah akhbar-akhbar utama membuat terjemahan artikel artikel tertentu dari akhbar bukan melayu, seperti berkaitan dasar perlembagaan, keagamaan, politik atau lainnya untuk pembaca melayu.Usaha ini harus dilakukan dengan konsisten.

Kenyataan Datuk Chua Jui Meng diatas pentas politik PKR mengenai ketuanan melayu tidak relevan dan beliau sendiri memetik kata-kata Presiden PKR,Wan Azizah yang mengatakan tiada ketuanan melayu,hanya ada ketuanan Malaysia yang diucapkan dalam 2 bahasa seharusnya dengan cepat diterjemahkan ke dalam bahasa melayu.

Adakah ini bermaksud orang bukan melayu boleh menjadi perdana menteri. YA! Datuk Seri Anwar memang bercita-cita besar menjadi perdana menteri. Tetapi selepas kematiannya, bagaimana? Jika ia berlaku suatu hari nanti, apakah mungkin terjadi pada bangsa melayu? Adakah benar UMNO tidak relevan kerana mempertahankan ketuanan ini? Apakah Islam akan terbela? Bagaimana dengan syiar-syiar yang ada? Apakah ada jaminan dan dilaksanakan pembelaan terhadap orang melayu? Bolehkah formula perkongsian kuasa BN sekarang diganti dengan formula baharu? Formula baharu yang didirikan atas kerjasama longgar dan berlainan matlamat dan konsep kenegaraan.Akhir sekali,bagaimana kedudukan bahasa melayu kelak? Ramaikan penguam melayu yang akan dan sanggup mempertahankan perlembagaan? Bagaimana jika percaturan majoriti di parlimen menjadikan ahli MP melayu kurang bilangannya.Demi ketuanan malaysia,apakah kawasan orang melayu terbanyak akan diwakili oleh bukan melayu?

Saya fikir mereka sanggup lakukannya kerana inilah peluang mereka ketika Datuk Seri Anwar masih bergiat aktif dan bebas keluar masuk negara. Saya fikir cita-cita ini akan disuburkan kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka sanggup tidur merentangi jalan menghalang kereta Raja Muda Perak.

Bangsa tidak akan hilang kerana adanya pernikahan dan kelahiran insan baharu mewarnai dunia.Kecuali berlaku penghapusan etnik.Umat melayu seharusnya mencapai 70 juta orang di malaysia. Hakikat ini berlangsung selama 500 tahun sejak zaman Tun Tuah.Sudah takdir Allah bangsa Melayu menjadi salah satu umat dunia dan bernaung dibawah syafaat Nabi Muhammad saw.

Orang melayu boleh hilang kebangsaannya dengan cara tertentu.Salah satunya melalui bahasa.Ada yang terlebih arab, asyik bercakap ana-anta, ada yang terlebih inggeris dan bercakap menggunakan i-u.Bahasa melambangkan bangsa.Selama masa ini,kerajaan berjaya membina negara dan cuba membina tamaddun baharu.Bahasa inilah juga menjadi lingua francanya.

Ingatlah,payung inilah yang memayungi negara selama 52 tahun.Selamat hari merdeka.