Wednesday, September 16, 2009

300 juta bersama facebook


Reuters melaporkan Facebook kini mula membuat duit pada pengurusannya dan lebih awal daripada jangkaan, iaitu, 2010.Populariti facebook kini menyaingi google dan yahoo.Pengasas dan CEO nya, Mark Zuckerberg berkata,pencapaian ini penting bagi mengerakkan facebook untuk jangkamasa yang lebih lama pada masa hadapan.Polisi bisnes kini adalah fasa berkembang.


Menariknya,tahun lalu pengguna facebook adalah 100 juta.Kini 300 juta.Teori ekonomi era kini barangkali membenarkan teori Metcalf yang mengatakan keupayaan ekonomi adalah dalam gandaan kuasa dua.Ianya 10 kali ganda jumlah rakyat malaysia.


Kesempatan ini harus dimanafaatkan oleh sesiapa sahaja untuk menempatkan diri dalam bisnes jalur lebar ini.Siapa cepat dia mendahului.


F1 1Malaysia



Pengumuman PM bahawa musim 2010 dalam kalendar F1 akan disertai pasukan sepenuhnya Malaysia sebenarnya mencabar minda rakyat terbanyak.Maksudnya untuk memahami maksud tersirat dengan tindakan berani ini.Disebalik pengunduran pasukan Honda pada musim ini atas alasan kewangan, F1 1Malaysia mengorak langkah memasuki alam perlumbaan tertinggi ini.Peribahasa cina ada mengatakan bahawa dalam krisis akan melahirkan hero atau orang yang nampak peluang.Inilah yang berlaku.Kerjasama antara Proton/Lotus,Air Asia,Naza Motor dan Kerajaan Malaysia adalah bermatlamat jangka panjang.Menguasai teknologi,menguasai masa, menguasai ruang dan memerah otak ke tahap tertinggi yang berhadapan dengan tekanan suhu dan profile dunia adalah sesuatu yang memberikan pengalaman semahal dunia.

Matlamat menguasai teknologi dan praktikalnya sebagai alat untuk mengantarabangsakan industri automotif negara dilihat sebagai suatu usaha yang positif.Ia selaras dengan menjadikan Malaysia negara maju pada 2020.Sebelum ini PM ada menegaskan bahawa Malaysia perlu mengalami dan mengekalkan pertumbuhan 8% setahun untuk mencapai taraf itu.Sebarang kecacatan,akan menarik kebelakang (drag) masa kita.Usaha menjadikan 1Malaysia sebagai satu alat yang menyampaikan kepada matlamat.Sepatutnya rakyat menyokong usaha murni ini dan memberikan mandat pada kepimpinan PM.

Bagaimana kesan kepada rakyat terhadap keputusan menyertai F1 ini harus diteliti.Menjadikan pasukan F1 1Malaysia sebagai pasukan rakyat dan berdenyutnadikan Malaysia adalah vital.Seharusnya, rakyat dibenarkan mempunyai akses ke SIC, sebagai hospital dan bengkel yang bertanggungjawab menbangunkan model kereta F1 1Malaysia itu nanti. Mengujudkan rasa pemilikan atau "hak kita" adalah penting.Barangkali, sedikit masa lagi, kita akan dapat menggunakan kereta Malaysia yang benar-benar komponennya telah diuji dilitar lumba F1 pada harga yang berpatutan.

Dengan kepakaran yang ada pada Proton,Naza dan Air Asia dan "best brain" dalam kerajaan, PM memberikan isyarat yang kuat bahawa prestasi dan pencapaian adalah ultimatum. Pelantikan Datuk Seri Idris Jalal menganggotai kabinet adalah manifestasinya.Dari segi persaingan serantau,kita berada selangkah dihadapan Singapura.Viva F1 1Malaysia.

Baca http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/15/nation/20090915181208&&sec=nation

Sunday, September 13, 2009

bangsa cemerlang

Tun Dr Mahathir dalam wawancara Mingguan Malaysia selepas bersara daripada jawatan PM pada oktober 2001, memberi petua menjadi bangsa cemerlang. Iaitu, rule of thumb, "berdikari".

Seseorang harus bersedia untuk melakukan yang terbaik dalam apa bidang yang diceburinya.Mengkhusus dan kemudian menambahkan ilmu dengan berkongsi ilmu atau mewariskan ilmu.Mengembangkan ilmu dikira sebagai jariah yang mempunyai pahala tidak putus.

Bukan hanya ustaz dan ustazah sahaja yang berpeluang mendapatnya.Sesiapa juga mampu dan dapat meraihnya. Berdikari dalam mempelajari ilmu bermaksud mencari sumber ilmu dan mempelajarinya dengan petunjuk guru yang mahir.Atau sekurang-kurangnya ada sumber yang sahih. Di zaman ini, saat ilmu hanya dihujung jari, penimbangan akal yang waras juga penting.Membuat perbandingan antara sumber dan rujukan akan mengkayakan lagi ilmu.

Orang melayu seharusnya telah lama membudayakan ilmu namun sumber yang terhad dan kurang daya intelektual atau simplistik menyebabkan budaya ini luntur.Barangkali ada kaitan dengan keupayaan mengingat, menghafaz dan teknik belajar juga.

Yang diharapkan ialah dengan ilmu yang banyak,kita dikurniakan ilahi dengan hikmah.Inilah yang disebut dalam mafhum hadis nabi s.a.w, hikmah itu milik muslimin,dimana kamu menemuinya maka ambillah.

Tuesday, September 8, 2009

akta hasutan

6 tidak mengaku salah atas tuduhan menghasut

SHAH ALAM: Enam individu yang didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana membawa dan memijak kepala lembu dengan kecenderungan menghasut, akhir bulan lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 31; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 30; dan Mohd Hilmi Ni, 40, diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu apabila dibacakan terhadap mereka.
Hakim Hasni Hasan kemudian membenarkan mereka dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090909113913/Article/index_html

Mungkin ramai yang terkejut dengan "kecepatan" tindakan oleh peguam negara, Tan Sri Gani Patail terhadap pendemostrator dan kini usaha mereka menghalang pembinaan kuil di kawasan mereka terpaksa melalui proses mahkamah dengan Akta Hasutan.

Ramai bloger mengutarakan isu ini sejak lebih sebulan lalu.Tidak kurang juga mendesak tindakan pecat terhadap Gani Patail.i.e.http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/09/nizar-oiii-gani-patail-harus-letak.html.

Isu kepala lembu yang ditujukan kepada 2 exco Selangor mungkin telah disalahertikan sebagai menghina agama hindu.Perkara begini amat mudah diambil kesempatan oleh "opportunist".

Barangkali para penduduk boleh juga mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan perintah bagi menghalang pemindahan kuil ke kawasan mereka.

Akhir sekali keangkuhan kerajaan Selangor yang berkeras (pada awalnya) dengan keputusan tersebut menyebabkan kini, 6 didakwa dimahkamah. Perjuangan sebenarnya baharu bermula.

Lihat juga:http://taipingmali.blogspot.com/ dengan video Hisham:Don't blame cow head protester.

Monday, September 7, 2009

impak 09.09.09


Terkadang bila bersendirian, kita terfikir apa yang boleh kita sumbangkan sebagai penghuni bumi? Jawabannya bergantung tentang matlamat kita. Juga besar-kecil cita-cita kita.


09.09.09 adalah satu tarikh yang boleh menjadi detik baik kita untuk menjadikan dunia lebih baik.Sebarkan kebaikan dan keamanan.


Kita hanya ada masa selama 60 saat untuk berbuat demikian pada esok, rabu pada jam 8.09am.Cari kamera anda,tangkap gambar yang anda suka dan abadikan pada dunia.

Sertai gerakan positif ini. Klik sini: http://www.worldwidemoment.org/

Siapa tahu, anak cucu kita kelak mendapat manafaatnya kelak.

sakit jantung


Tulisan Dr Mohd Hilmi Abdullah daripada UPSI berkenaan nasib yang menimpa 5 wakil rakyat yang meninggal akibat serangan jantung serta faktor-faktor tertentu berkaitan menarik untuk diulas. Baca sepenuhnya disini.


Faktor terpenting ialah, adakah mereka mendapatkan rawatan dalam masa yang tertentu dan adakah orang sekeliling mereka tahu apa yang harus dilakukan.Ini boleh menyelamatkan nyawa.


Sakit jantung menjadi pembunuh nombor satu di Amerika Syarikat sejak sekian lama.Ia juga tidak kurang penting di negara ini.Sebab itu juga adanya IJN.KKM beberapa tahun dahulu membuat kempen Sayangi Jantung Anda.Keunikan jantung ialah keupayaannya mengepam darah sejak kita janin lagi dan berterusan hingga kini.Fokusnya bukan hanya jantung sahaja,ia melibatkan sungai darah iaitu kapilari,arteri dan vena dan kualiti darah itu sendiri.


Kefahaman tentang jantung berfungsi amat penting.Dengan itu dapatlah kita menjaga jantung, seperti kita menjaga rupa paras kita.Pemakanan dan ubat-ubatan juga penting dalam mengawal sakit jantung.Menangani tekanan juga perlukan kemahiran khas.


Sudah tiba masanya, kerja politik dikategorikan sebagai kerja kelas pertama yang memerlukan pemikiran dan koordinasi fikiran-badan yang jitu, dan ahli politik seharusnya disamping sewaktu penamaan calon, menyerahkan borang-borang tertentu, harus juga menyerahkan laporan perubatan terkini dan pengesahan pakar akan kemampuan melaksanakan tugas.


Tun Mahathir adalah contoh yang baik.Walau 2 kali menjalani pembedahan jantung, keadah pemeliharaan kesihatan dan kekuatan pemikiran beliau patut dicontohi kita semua, begitu juga dengan Tun Hasmah.

Wednesday, September 2, 2009

generasi merdeka

Mendengar dan mengamati lagu m.nasir, 'anak-anak kita' yang popular sekitar tahun 1995 memberi nafas baharu dalam menempuh cabaran semasa.Ia menghiburkan dan tentunya kreatif.Yang paling penting,ia mengajar sesuatu,bahawa kita punya sesuatu,dan sesuatu itu ialah pewaris kita,anak-anak kita.

Dalam gelombang semasa, barangkali yang berlaku di Perak, hakikat manusia yang tidak mampu menerima (apalagi 'dapat') hakikat dan restu kebawah Duli Al Sultan Perak adalah manusia yang bersifat keanak-anakan.

"Jaga-jaga anak kita, jangan sampai jadi HAMBA,
Jaga-jaga anak kita,kita ini orang MERDEKA.
Panggillah mereka PULANG
Ayah nak ajar tentang KURANG AJAR
Jadi mereka takkan sendiri dan dimamah lagi"

Ibaratkanlah ISA (kelak dengan pindaan) adalah AYAH yang berfungsi seperti diatas.

Dengarlah lagu sarat perspektif ini : -http://www.4shared.com/file/55760657/3ef97bfa/M_Nasir_-_Anak_Anak_Kita.html