Friday, September 18, 2009
Eid Mubarak 1430/2009
Dr Yusuf Qardawi menulis bahawa sunat bagi muslimin menunjukkan KEGEMBIRAAN pada hari raya aidil fitri.
Gembira kerana telah usai menunaikan ibadah puasa Ramadhan sebaik mungkin.
Gembira kerana telah melalui fasa keberkatan amalan, pengampunan dan fasa pembebasan dari api neraka.
Gembira kerana ibarat kelahiran semula seperti bayi pada pagi syawal.
Gembira kerana kejayaan mencapai malam Al-Qadr yang maha berkat, gembira kerana mungkin doa yang paling rahsia dimakbulkan di Ramadhan lalu.
Gembira kerana buat ke sekian kalinya dapat mencium tangan ibubapa sang wali keramat, atau berziarah ke makam bonda/ayahnda dan mengenangkan jasa dan kebaikan mereka semasa hidup dan mendoakan serta menyedekahkan amalan kepada mereka.
Gembira kerana dapat bertemu mata dengan rakan-rakan lama yang terpisah.
Gembira kerana melihat telatah anak-anak kecil pewaris bangsa yang jernih air mukanya dan ceria mengenakan pakaian baharu.
Gembira kerana negaraku, Malaysia, aman makmur dan dilimpahi rezeki oleh Ilahi sehingga dapat kita berzakat fitrah dan berkongsi rezekiNya.
Gembira kerana harapan telah digantungkan pada Al Khalik supaya dipanjangkan usia untuk bertemu Ramahdan semula.
Gembira kerana dapat menitiskan airmata kerana sedih hati berpisah dengan Ramadhan, sahabat penuh kebaikan.
Gembira kerana menjadi makhluk yang terpilih melaksanakan ibadat siyam Ramadhan.
Gembira meraikan sifat kemanusiaan yang disegarkan kembali sepanjang ramadhan dek berlapar dan berdahaga.
Maaf Zahir dan Batin
Subhanallah!Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahi Hamdu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment